Home SemasaGlobal China perlu libatkan diri dalam dialog demi kestabilan serantau – Setiausaha Pertahanan AS

China perlu libatkan diri dalam dialog demi kestabilan serantau – Setiausaha Pertahanan AS

by M.Daim

SINGAPURA, 11 Jun – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin menegaskan China perlu lebih bersikap terbuka dan terlibat dengan dialog demi memastikan kestabilan serta keamanan serantau.

Menurut beliau, penglibatan Beijing dalam dialog adalah penting bagi memperbaiki komunikasi dan juga mengurangkan risiko di peringkat strategik.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, (US DOD) dalam satu kenyataan berkata, Austin menyatakan perkara tersebut semasa pertemuan dengan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dalam Shangri-La Dialogue di Singapura, semalam.

Dalam pertemuan tersebut, AS dan China telah berbincang mengenai situasi semasa di Ukraine dan juga isu keselamatan rantau Indo Pasifik termasuk Laut China Selatan.

Selain daripada itu, perbincangan kedua-dua pihak turut menyentuh isu Taiwan.

“Setiausaha Pertahanan telah menyatakan kepada Wei bahawa AS sentiasa komited terhadap Polisi One China (Satu China),

“Polisi ini turut dipandu oleh Taiwan Relations Act, Tiga Penyataan Bersama AS-China dan Enam Jaminan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan China memberi amaran bahawa pihaknya akan bertindak balas terhadap sebarang usaha untuk memerdekakan Taiwan. Selain itu, Beijing mengkritik tindakan Washington yang meluluskan penjualan senjata kepada Taipei.

Austin menyatakan AS tidak menyokong sebarang perubahan status quo yang dilakukan secara unilateral. Pada masa yang sama, beliau menegaskan Washington tidak menyokong kemerdekaan Taiwan.

Selain daripada, beliau turut memaklumkan bahawa Washington akan terus membekalkan senjata kepada Taiwan bagi tujuan pertahanan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply