Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas arak tidak bercukai RM118 ribu di Pulau Pinang

Polis Marin rampas arak tidak bercukai RM118 ribu di Pulau Pinang

by Air Times News Network

PERAI, 9 Jun – Taktik menyembunyikan arak tidak bercukai di kediaman terbongkar apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam 2 serbuan yang dijalankan di Taman Nagasari, Pulau Pinang, pada Rabu.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Unit Risikan Marin pada jam 11 pagi itu berjaya merampas sebanyak 554 liter arak tidak bercukai bernilai RM118,691.

Tambahnya lagi, turut ditahan 2 lelaki warga asing berumur 30 hingga 40 tahun.

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut,

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976,” katanya.

Shamsol menjelaskan, PPM menyeru orang awam agar menyalurkan maklumat sekiranya terdapat jenayah penyeludupan dan lain-lain. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply