Home Pertahanan dan Keselamatan Eks Bersama Warior 22: ATM, tentera AS kongsi kepakaran operasi bersama

Eks Bersama Warior 22: ATM, tentera AS kongsi kepakaran operasi bersama

by Nurulhuda

KUANTAN, 6 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS) melaksanakan Eksesais Bersama Warior 2022 (Eks BW 22) bagi mempertingkatkan tahap kebolehoperasian anggota kedua-dua negara dalam melaksanakan operasi bersama.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais tahunan antara ATM dan Angkatan Tentera AS ini dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) bermula pada 4 hingga 17 Jun 2022.

Majlis pembukaan eksesais ini telah disempurnakan oleh Brigedier Jenernal Bryan J. Grenon, Land Component Commander, Army Staf Element US JFHQ, Washington National Guard di Pusat Simulasi Olah Perang, MK AB, pada Isnin.

“Selain meneruskan hubungan erat yang telah sekian lama terjalin antara ATM dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Eks BW 22 turut bertujuan meningkatkan persefahaman, 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 dan keupayaan kedua-dua pihak dalam merancang serta melaksanakan operasi secara bersama atau gabungan,

“Eksesais pada kali ini melibatkan seramai 237 orang anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan Angkatan Tentera AS termasuk kakitangan awam dari kedua-dua negara,” jelas hantaran itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply