Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Batalion 1 RAMD terbang jauh ke United Kingdom kibar Jalur Gemilang – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Batalion 1 RAMD terbang jauh ke United Kingdom kibar Jalur Gemilang

Batalion 1 RAMD terbang jauh ke United Kingdom kibar Jalur Gemilang

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Ei07tFRYXeI[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) telah dijemput menyertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Sempena Pemerintahan Her Majesty The Queen selaku Pemerintah Tertinggi United Kingdom yang berlangsung di Istana Buckingham, London semalam.

Kontinjen tersebut terdiri daripada seorang pegawai serta 10 anggota yang diketuai oleh Kapten Muhammad Fikri Senan selaku ketua kontinjen.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien menerusi hantaran di media sosialnya turut menyatakan penyertaan kontinjen itu di London adalah satu kebanggaan buat Malaysia.

“Ya, yang putih, seragam dan sederap tu perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kebanggaan kita!,

“Dari Batalion 1 RAMD. Terbang jauh ke United Kingdom demi kibarkan Jalur Gemilang,

“Kerana prestij dan penghormatan, ATM dijemput sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Sempena Pemerintahan Her Majesty The Queen selaku Pemerintah Tertinggi United Kingdom,” jelas hantaran itu.

Acara send off kontinjen ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Fuad Md Ghazali di Markas Batalion 1 RAMD pada 30 Mei lalu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di media sosialnya juga berkata, selain mengharumkan nama Malaysia dan TDM, penglibatan acara ini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu, Pengukuhan Hubungan Pertahanan, yang menekankan aspek pengukuhan kerjasama dengan pertahanan negara serantau serta antarabangsa.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?