Home Pertahanan dan Keselamatan 8 Briged, JHEV hulur RM10 ribu kepada veteran rumah terbakar

8 Briged, JHEV hulur RM10 ribu kepada veteran rumah terbakar

by Nurulhuda

TUMPAT, 3 Jun – Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) telah berkolaborasi bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Negeri Kelantan dalam membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilanda musibah baru-baru ini.

Markas 8 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Panglima 8 Bgd, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis @ Shaffiee dan isteri, Puan Fazlina Mohd Daud telah menyerahkan sumbangan Cakna Veteran ATM dan Mock-Up Cek yang bernilai RM10,000 kepada Mohamad Nor Mat yang ditimpa musibah akibat rumah terbakar di Kampung Masjid, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Adanan Hassan dan wakil-wakil Persatuan dari Persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Tumpat sebagai tanda sokongan dan keprihatinan persatuan veteran terhadap kebajikan keluarga serta anggota mereka.

Abu Hasan turut berkesempatan memberi kata-kata semangat serta turut bersimpati atas musibah yang telah dihadapi oleh veteran.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban Mohamad Nor Mat dan keluarga,

“Program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga serta seiring dengan Kata Kunci Ketiga Perintah Ulung Panglima 8 Briged Ke-27 iaitu Lestari,” jelas hantaran itu. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply