KUALA LUMPUR, 21 Mei – Kanak-kanak lelaki yang mengidap kanser Acute Lymphoblastic Leukemia (leukemia ALL) adik Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, 15 tahun telah meninggal dunia hari ini.
Tentera Udara Malaysia (TUDM) dalam hantaran media sosialnya berkata, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan seluruh warga TUDM mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham
Terdahulu, hasrat Allahyarham adik Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri menjadi seorang juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akhirnya tercapai, walaupun hanya sehari.
“Marilah kita sama-sama doakan, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama para hamba-Nya yang diredhai. Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya. – airtimes.my