Home PolitikBarisan Nasional UMNO akan kembali berjuang pada PRU15 – Zahid Hamidi

UMNO akan kembali berjuang pada PRU15 – Zahid Hamidi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Perjuangan parti UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jauh lebih murni demi sebuah kebenaran dan kewajipan.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO sudah tidak releven merupakan satu kesilapan besar.

Jelasnya, meskipun UMNO pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

“UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang. Amalan kita bermuafakat dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh,

“Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan. InsyaALLAH rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Selasa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik sempena Ulang Tahun UMNO ke-76 yang disambut pada Rabu, Ahmad Zahid turut menegaskan walaupun parti yang dipimpinnya berpaksikan Melayu-Islam, namun kepentingan hak bukan Melayu tidak pernah diketepikan.

“UMNO mengangkat kepentingan Melayu lagi memperkasakan syariat agama. UMNO jua sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam,

“Kerana itu UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas,” ujarnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply