Home Pertahanan dan Keselamatan ATM cekup 4 PATI Indonesia cuba seludup masuk Sabah

ATM cekup 4 PATI Indonesia cuba seludup masuk Sabah

by Nurulhuda

TAWAU, 11 Mei – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah menahan 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menyusup masuk ke Sabah secara haram, semalam.

MK ATB 2 dalam kenyataan berkata, penahan telah dilaksanakan oleh anggota ronda Operasi Benteng Bersama (Op Benteng Bersama) yang menegsan individu mencurigakan sedang bergerak secara berkumpulan bersama barangan persendirian di pinggir ladang kelapa sawit Jalan Apas, Membalau pada jam 6.35 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tersebut merupakan lelaki dewasa warganegara Indonesia berusia dari 19 hingga 23 tahun serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka telah memasuki Malaysia tanpa kebenaran yang sah melalui perairan Tawau melalui Pulau Sebatik, Indonesia,

“PATI tersebut telah di bawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” jelas kenyataan itu.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menjelaskan, ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa membuktikan fungsi serta peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan perairan pantai timur Sabah.

“Melalui pelaksanaan Op Pasir dan Op Benteng Bersama di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, kita jamin pelaksanaan operasi secara efektif dengan misi yang terfokus dalam menjaga kedaulatan perairan pantai timur Sabah sentiasa diperkasakan dengan kukuhnya,” tegasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!