Home Pertahanan dan Keselamatan Op Khas Pagar Laut: APMM tahan nelayan asing ceroboh perairan negara

Op Khas Pagar Laut: APMM tahan nelayan asing ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

LUMUT, 29 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 7.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan di zon yang tidak dibenarkan iaitu di bawah 15 batu nautika, semalam.

Pengarah APMM Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh KM Nyalau dalam melaksanakan Operasi Khas Pagar Laut di sempadan perairan negara.

“Hasil penggeledahan pasukan operasi mendapati, bot itu dikendalikan oleh 4 kru termasuk tekong warga Myanmar yang memiliki dokumen pengenalan diri dan berusia dalam lingkungan umur 40 hingga 44 tahun,

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 15 batu nautika yang melanggar syarat sah lesen,

Menurutnya, bot dan kru serta hasil tangkapan ikan yang dianggarkan 200 kilogram diiring ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sitiawan, untuk tindakan lanjut.

Shahrizan berkata, penahanan ini membuktikan APMM sentiasa bersiap siaga dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun Aidilfitri bakal menjelang. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply