Home Pertahanan dan Keselamatan APMM gagalkan cubaan 380 karton rokok putih

APMM gagalkan cubaan 380 karton rokok putih

by Air Times News Network

SEMPORNA, 27 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan 4 bot laju menyeludup masuk rokok putih ke negara di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Timur Pulau Larapan.

Pengarah APMM Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, bertindak hasil maklumat perisikan, pasukannya telah mengesan 4 buah bot laju enjin sangkut ditinggalkan tanpa pemandu.

Menurutnya, pemilik bot tersebut telah melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguatkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua bot tidak memiliki nombor pendaftaran dan menemui 380 karton rokok putih tanpa cukai yang dipercayai diseludup masuk ke Semporna untuk pasaran tempatan,

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM45,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini. – airitmes.my.

Related Articles

Leave a Reply