Home Pertahanan dan Keselamatan Daun ketum bernilai lebih RM15 ribu gagal diseludup ke Thailand

Daun ketum bernilai lebih RM15 ribu gagal diseludup ke Thailand

by Nurulhuda

TANAH MERAH, 26 Apr – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 510 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarkan bernilai RM15,300.00 di Kampung Nibong, awal pagi tadi.

Markas 8 Bgd dalam kenyataan berkata, rampasan dilaksanakan hasil daripada tindakan pemantauan anggota operasi yang telah mengesan beberapa longgokan bungkusan plastik hitam mencurigakan di tebing Sungai Golok.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan plastik hitam oleh sub unit pasukan pelaksana operasi telah membawa kepada penemuan sejumlah 50 plastik hitam berisi daun ketum seberat 510 kg yang dianggarkan bernilai RM15,300.00,

“Bungkusan plastik daun ketum berkenaan adalah dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” jelas 8 Bgd.

Menurut 8 Bgd, rampasan daun ketum di sekitar lokasi tersebut adalah yang kedua dalam tempoh bulan ini dan yang kesembilan sepanjang tahun 2022.

Jeasnya, kejadian tersebut menunjukkan bahawa penyeludupan daun ketum di sempadan Kelantan-Thailand dilihat semakin aktif berikutan permintaan dan harga yang tinggi di pasaran Thailand.

“Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik IPD Tanah Merah pada 26 April 2022 jam 1220,” tambah kenyataan itu.

Pada masa yang sama, Markas 8 Bgd turut menyeru penduduk tempatan untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat jenayah rentas sempadan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menjamin kedaulatan dan keselamatan sempadan Malaysia- Thailand. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!