Home Pertahanan dan Keselamatan 2 bot Indonesia diusir keluar dari perairan Sabah

2 bot Indonesia diusir keluar dari perairan Sabah

by Nurulhuda

TAWAU, 24 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah mengarahkan 2 buah bot dari Indonesia yang cuba memasuki perairan negara di Tawau, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Suprintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, setelah diperiksa kedua-dua bot mendapati dari negara Indonesia dan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk memasuki Malaysia.

“Kesemua mereka telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,

“Seterusnya kedua-dua bot tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19 dan diberi amaran agar tidak menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4 pada Ahad.

Dalam masa yang sama, Ridzauddin turut menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan di perairan Sabah. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply