Home SemasaGlobal Rusia lancar peluru berpandu balistik antara benua terkuat di dunia

Rusia lancar peluru berpandu balistik antara benua terkuat di dunia

by M.Daim

MOSKOW, 21 April – Tentera Rusia telah menjalankan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Sarmat semalam.

Peluru berpandu tersebut dilancarkan dari sebuah silo di wilayah Arkhangelsk, utara Rusia.

Kremlin dalam satu kenyataan berkata, Sarmat telah dilancarkan apda pukul 3.12 petang waktu Moskow dan menuju ke sasaran di Semenanjung Kamchatka, kira-kira 5,800 kilometer dari tapak pelancaran.

“Pelancaran ini merupakan program ujian pertama yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Selepas pelancaran ini, Sarmat akan digunakan oleh Pasukan Misil Strategik (Strategic Missile Forces),

“Ujian ini telah berjaya menguji kesemua aspek termasuk fasa penerbangan peluru berpandu balistik Sarmat,” kata Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.

Sarmat merupakan ICBM yang dihasilkan oleh industri pertahanan Rusia.

Menurut Moskow, peluru berpandu ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan merupakan ICBM terkuat yang pernah dihasilkan pada peringkat global. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply