Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 3 nelayan tempatan langgar syarat sah lesen

APMM tahan 3 nelayan tempatan langgar syarat sah lesen

by Nurulhuda

LUMUT, 21 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana didapati melanggar syarat sah lesen di posisi kira-kira 1.7 batu nautika barat Segari, Manjung, semalam.

Pengarah APMM Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan dilakukan pada jam 9.15 malam oleh bot ronda APMM ketika melaksanakan Operasi Benteng dan Operasi Pintas di perairan negeri Perak.

“Ketika ditahan, bot itu dikendalikan 3 kru warga tempatan termasuk tekong yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 5 batu nautika seperti syarat sah lesen,

“Bot dan kru serta hasil tangkapan yang dianggarkan lebih kurang 100 kilogram itu, diiringi ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Negeri Perak untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply