TYRE, 15 Jun – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-9 telah menjadi penganjur bagi Coordinated Training Activities With Lebanese Armed Forces (COTAWL) yang melibatkan penyertaan daripada pegawai dan anggota LAF di bawah pemerintahan South Litani Sector (SLS) serta MALBATT 850-9 sendiri.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan yang dilakukan secara bersepadu ini dilaksanakan pada 04 dan 08 April 22 bertempat di 5th Brigade HQ, Tyro Barracks, Selatan Lubnan.
Menurut MK AB, latihan ini merupakan sebahagian program pembangunan kepakaran LAF sepertimana misi UNIFIL iaitu membantu membangunkan organisasi LAF melalui perlaksanaan kursus kepakaran oleh trup-trup UNIFIL.
“Perlaksanaan latihan ini juga seperti yang telah direncanakan dalam Six Month Trg Directive, MK Sektor Barat,
“Pendekatan latihan adalah secara pembelajaran teori dan praktikal ini secara tidak langsung, dapat mengekalkan tahap kompetensi Trup bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman semasa menjalankan tugasan pengaman di bumi Lubnan,
“Diantara silibus dan program latihan melibatkan silibus berikut seperti rondaan, petempuran jarak dekat, menghadapi penunjuk perasaan, Explosive Ordnance Disposal/Improvised Explosived Disposal Device (EOD/IEDD), Combat Medical Care dan sebagainya mengikut pakej latihan yang dikeluarkan,” jelasnya.
Tambah MK AB, COTAWL adalah latihan setiap bulan dikoordinasikan oleh Sector West bagi setiap Battalion dan S7 (Sel Latih) MALBATT yang bertanggungjawab merangka serta mengkoordinasikan setiap latihan berjalan lancar mengikut modul ditetapkan.
MALBATT telah melaksanakan COTAWL mulai Transfer of Authorities (TOA) sehingga sekarang di Kem LAF iaitu Tyro Barrack dan Chawakeer.
Upacara Penutup COTAWL ini telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta-peserta kursus yang terlibat pada kali ini.
Sebelum pada itu, demonstrasi aturgerak Elemen Ubat dalam memberi rawatan kecemasan di kawasan operasi telah dilaksanakan sebelum acara penyampaian sijil kepada para peserta kursus. -airtimes.my
Galeri gambar:

