Home Pertahanan dan Keselamatan Hala tuju pembinaan LCS akan dibentangkan di Kabinet – Hishammuddin

Hala tuju pembinaan LCS akan dibentangkan di Kabinet – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 – Keputusan meneruskan projek pembinaan kapal tempur persisir pantai (Littoral Combat Ship, LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu mendapat persetujuan daripada barisan Jemaah Menteri di Kabinet.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, Jawatankuasa Menteri Kabinet yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed akan membentangkan kepada kabinet berhubung hala tuju projek pembinaan tersebut.

Hishammuddin berkata, keputusan meneruskan projek pembinaan tersebut telah mendapat sokongan dari semua pihak, ia termasuklah dari blok pembangkang.

“Keputusan ini bukan satu perkara yang mudah, tetapi hendak meneruskan projek LSC ini banyak berkisar kepada perancangan kita bagaimana menyelamatkan kapal-kapal ini,

“Terus terang memaklumkan, persetujuan kabinet untuk meneruskan memerlukan perincian dari semua pihak dan perkara ini telah dibangkitkan di kabinet sebanyak 3 kali,

“Kabinet juga telah mewujudkan satu Jawatankuasa Menteri Kabinet untuk membuat pembentangan kembali kepada kabinet dengan perancangannya,

“Jawatankuasa Menteri Kabinet telah bermesyuarat sebanyak 3 kali dan ahli-ahli jawatankuasa ini telah ke Lumut untuk melihat sendiri aset sedia ada untuk meneruskan projek ini,” jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022, di Kementerian Pertahanan, pada Khamis.

Tambahnya, jawatankuasa ini sudah selesai bermesyuarat dan beliau berharap ia dapat dibentangkan di Kabinet untuk diberikan keputusan muktamad tentang hala tuju LCS ini.

“Sama ada ia diluluskan atau tidak, majoriti telah membuat keputusan kita perlu teruskan tetapi cara dan kaedahnya perlu mendapat persetujuan Jemaah Menteri,” ujarnya.

Sebelum ini, Hishammuddin dalam sidang Dewan Rakyat berkata, kelewatan perolehan LCS berpunca pihak pengeluaran produk tulen (OEM) yang memberhentikan kerja susulan masalah kewangan.

Beliau berkata, proses perolehan itu mengalami kelewatan 39.52 peratus atau 43 bulan sehingga menyebabkan pembayaran OEM tidak dapat dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply