Home Semasa Bekalan Paxlovid selamat sampi di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd – Noor Hisham

Bekalan Paxlovid selamat sampi di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd – Noor Hisham

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Apr – Sebanyak 48,000 bekalan ubat Paxlovid (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) selamat sampai di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran media sosialnya berkata, ubat ini disyorkan untuk rawatan pesakit COVID-19 dewasa berumur 18 tahun dan keatas yang tidak memerlukan bantuan oksigen serta berisiko tinggi.

“Ubat ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai penganti kepada vaksinasi atau penganti bagi mengelakkan dijangkiti COVID-19,

“Paxlovid juga salah satu senjata melawan COVID-19 iaitu antiviral untuk aspek rawatan,” katanya.

Noor Hisham menambah, selepas dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh 5 hari gejala bermula untuk keberkesanan optima. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply