Home Pertahanan dan Keselamatan Penyelam hilang: Jurulatih warga Norway ditemui selamat

Penyelam hilang: Jurulatih warga Norway ditemui selamat

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 7 Apr – Salah seorang daripada 4 penyelam warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, ditemui selamat oleh sebuah kapal tunda di kedudukan lebih kurang 22 batu nautika dari posisi mangsa dilaporkan hilang.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, Kristen Grodem, 35, warganegara Norway merupakan Jurulatih menyelam dilaporkan tidak timbul ke permukaan semula selepas kira-kira satu jam selepas selaman.

Beliau berkata, 3 mangsa lain yang dikenal pasti adalah Alexia Alexandra Molina, 18, wanita warga Perancis; Adrian Peter Chesters, 46, lelaki warga Britain; Nathen Renze Chesters, 14, remaja lelaki warga Belanda yang juga anak kepada mangsa Adrian Peter Chesters.

Menurutnya, kedalaman kawasan selaman sekitar 15 meter dan kesemua mangsa mempunyai kebenaran menyelam di kawasan tersebut.

Dalam kejadian tengah hari pada Rabu, 4 warga asing itu hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira 9 batu nautika dari Tanjung Leman.

Op Carilamat hari kedua diteruskan bermula 7 pagi tadi melibatkan seramai 90 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk 30 penyelam dan 18 aset.

“Operasi ini melibatkan 2 aset udara milik APMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2 bot daripada APMM, 2 bot daripada Pasukan Polis Marin (PPM) serta sebuah bot daripada Jabatan Perikanan Malaysia,

“Selain itu, sebuah bot daripada Taman Laut Sultan Iskandar dan 5 bot dari Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia (TDM) turut diaturgerakan dengan keluasan sektor pencarian merangkumi 107 batu nautika persegi,” jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply