Home SemasaGlobal Jerman beli 140 buah UAV bersenjata dari Israel

Jerman beli 140 buah UAV bersenjata dari Israel

by Air Times News Network

BERLIN, 7 Apr – Ketika Kesatuan Eropah (EU) sedang dikejutkan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Jerman pula bakal mendapatkan 140 pesawat tanpa pemandu bersenjata (UCAV) buat pertama kali.

Menurut sumber parlimen yang memberitahu AFP, jawatankuasa pertahanan parlimen telah meluluskan pembelian UAV bersenjata Heron TP daripada Israel dengan kontrak bernilai $165 juta.

UCAV tersebut akan dihantar dalam tempoh 2 tahun dengan 60 daripadanya akan digunakan untuk tujuan latihan manakala 80 lagi digunakan untuk misi operasi.

Ketika ini, angkatan tentera Jerman hanya dibenarkan menggunakan UCAV tersebut untuk tujuan peninjau.

Sumber memberitahu, Jerman juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan sistem perisai antipeluru berpandu daripada Isreal iaitu Arrow 3 yang menelan belanja sekitar 2 bilion euro ($2.2 bilion).

 

 

Related Articles

Leave a Reply