Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir bot, 4 PATI Filipina ceroboh perairan Sandakan

Polis Marin usir bot, 4 PATI Filipina ceroboh perairan Sandakan

by Air Times News Network

SANDAKAN, 7 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) mengusir sebuah bot bersama 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina yang cuba menceroboh perairan negara di Pulau Nunuyan, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintenden Polis (DSP) Rusdin Banin berkata, anggotanya sedang melaksanakan rondaan telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dari perairan negara jiran.

Katanya, bot tersebut berjaya dipintas kira-kira jam 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati PATI tersebut mendakwa berasal daripada Filipina,

“Bot tersebut kemudiannya di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply