Home Semasa Tiada siasatan baharu ke atas Tun M – Polis

Tiada siasatan baharu ke atas Tun M – Polis

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kali terakhir Ahli Parlimen Langkawi itu dipanggil oleh PDRM pada 23 Mac 2022 bagi membantu siasatan kes terbitan buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Terdahulu, Tun M dalam hantaran di laman media sosialnya mendakwa akan dipanggil untuk disoal siasat polis.

“Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini sat tekanan yang menakutkan. Tutup mulut.Tutup telinga. Awak okay,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply