Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot tunda, 2 kru Indonesia di Pulau Indah

APMM tahan bot tunda, 2 kru Indonesia di Pulau Indah

by Air Times News Network

PELABUHAN KLANG, 5 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor berjaya menahan sebuah bot tunda bersama 2 kru kapal dan tekong warga Indonesia menangkap ikan tanpa lesen di perairan Pulau Indah, pagi tadi.

Pengarah APMM Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan gagal mempamerkan sebarang dokumen lengkap dan tidak mempunyai kelayakan membawa bot daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya.

Jelas beliau, bot tunda dan kru yang ditahan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah bagi siasatan lanjut oleh anggota APMM.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO),” jelas beliau.

Mohammad Rosli menegaskan, semua pemilik dan tekong supaya mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply