Home Pertahanan dan Keselamatan Honeywell, Airod Techno Power meterai MoU sokongan teknikal pesawat TUDM

Honeywell, Airod Techno Power meterai MoU sokongan teknikal pesawat TUDM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=MAKTc_mEHtw[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Honeywell telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Airod Techno Power (ATP) dalam menyediakan perkhidmatan MRO tempatan untuk Auxiliary Power Unit (APU) Pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja (TUDM).

MoU tersebut telah disempurnakan oleh Asia Pacific Honeywell Aerospace Commercial Aviation, Senior Director Sathesh Ramiah dengan CEO ATP, Mejar Jeneral Datuk Ismail Ibrahim TUDM (Bersara), hari ini.

ATP dalam kenyataan berkata, MoU tersebut juga merancang untuk membuat penawaran sokongan teknikal serta rangkaian rantaian bekalan pada produk Honeywell lain dan peruntukan alat ganti untuk platform pesawat C130 sedia ada.

“Kerjasama baharu yang dirancang ini akan diusahakan oleh kepakaran dan kecekapan yang disediakan oleh Honeywell serta ATP,

“Ia termasuklah enjin dan komponen MRO di peringkat serantau,” jelasnya.

Selain itu, MoU ini juga akan menetapkan satu lagi asas untuk ATP dalam mengembangkan keupayaannya komponen MRO.

Syarikat ATP yang ditubuhkan pada tahun 1995 merupakan syarikat yang disahkan untuk melakukan selenggaraan enjin T56/501 yang digunakan pada pesawat C-130/L-100.

Selain TUDM, syarikat ini mempunyai pelanggan komersil dan tentera dari rantau Asia Tenggara, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika Selatan serta Amerika Selatan. – airtimes.my

 

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply