Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2022: 54 perjanjian bernilai RM4.6bilion dimeterai oleh Kementerian Pertahanan

DSA 2022: 54 perjanjian bernilai RM4.6bilion dimeterai oleh Kementerian Pertahanan

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=H2vrdwpAJPQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Hari ketiga pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 menyaksikan sebanyak 54 perjanjian yang bernilai RM4.6bilion dimeterai.
“Sebanyak 20 LOA bernilai RM1.14bilion dan 24 kontrak bernilai RM 3.32 bilion telah ditandatangani,

“7 LOI bernilai RM152.79 juta dan 3 Memorandum Persefahaman telah dimeterai,” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kejayaan pameran DSA dan NATSEC 2022 telah membuktikan kerjasama kukuh antara Kementerian Pertahanan, ATM dan industri pertahanan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan sebanyak 8 kontrak ditandatangani oleh pelbagai agensi di bawah kementerian itu dengan nilai RM2.596 bilion.

Menurut KDN, sebanyak 3 kontrak telah ditandangani untuk Polis Diraja Malaysia, 4 Jabatan Imigresen Malaysia dan 1 untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Pameran dwitahunan DSA dan NATSEC Asia 2022 yang berlangsung semenjak 28 Mac lalu dijadualkan akan berakhir esok. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply