Home Pertahanan dan Keselamatan 12 PATI sembunyi di kawasan paya bakau dicekup

12 PATI sembunyi di kawasan paya bakau dicekup

by Air Times News Network

SEMENYIH, 30 Mac – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di kawasan paya bakau di Sungai Janggut, Jeram, pada Selasa.

Pegawai Memerintah Batalion 4 PGA, Suprintenden Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI ditahan pada jam 6.30 pagi ketika anggotanya sedang membuat rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut.

“Seramai 9 lelaki dewasa dan 3 wanita warga asing telah ditahan berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun,

“Kesemua PATI yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke dalam negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya lagi, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya lagi, kesemua PATI akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply