Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-9 serah alat tulis kepada Public School Yanouh

MALBATT 850-9 serah alat tulis kepada Public School Yanouh

by Nurulhuda

YANOUH, 26 Mac – Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT-850-9) meneruskan lagi kesinambungan tanggungjawab sosialnya dengan menyalurkan sumbangan kepada Public School Yanouh pada Khamis lalu.

Markas Angkatan Bersama (MKAB) menerusi laman media sosialnya berkata, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Mejar Mohd Yusddy Affenddy Amran selaku Ketua Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kepada Director of Public School Yanouh, Mr. Khodor Alsalah.

“Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk alat tulis. Peralatan ini merupakan sumbangan daripada ABDB melalui kerjasama Sel CIMIC MALBATT 850-9,

“Tambahannya lagi, sumbangan tersebut akan digunakan dan dimanfaatkan kepada pelajar sekolah berkenaan,” jelas hantaran itu.

Mr. Khodor Alsalah dan Mr. Ali Jaber, Mayor Yanouh merakamkan penghargaan terima kasih di atas sumbangan yang telah dihulurkan.

“Mereka amat terharu dengan keprihatinan pihak MALBATT 850-9 menyampaikan sumbangan ini,” tambahnya.

Turut hadir, Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin, Mayor Yanouh Mr Ali Jaber dan guru-guru sekolah terbabit.

Selesai Majlis Penyerahan Sumbangan, MALBATT turut membincangkan perkembangan sekolah dan program-program yang mungkin boleh dilaksanakan pada masa yang terdekat. Keduanya turut mengharapkan kesinambungan MALBATT dalam mengekalkan usaha murni ini serta diteruskan pada masa hadapan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply