Home Pertahanan dan Keselamatan Ibu tunggal rugi RM3.9 juta ditipu ‘Love Scam’

Ibu tunggal rugi RM3.9 juta ditipu ‘Love Scam’

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 21 Mac – Seorang ibu tunggal berumur 63 tahun mengalami kerugian RM3.9 juta apabila ditipu kekasih dari Korea yang dikenalinya sejak 4 bulan lalu melalui aplikasi Instagram.

Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Polis Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, suspek yang didakwa berasal dari Korea dan bekerja dipelantar minyak turut berkongsi video di tempat kerjanya menyebabkan mangsa tertarik untuk mengenali lelaki itu.

Suspek telah menawarkan kerjasama dengan mangsa dalam sebuah projek serta mendakwa memerlukan sejumlah wang.

“Terpedaya dengan tawaran itu, mangsa melakukan 184 transaksi kepada kekasihnya dengan transaksi pertama pada Disember tahun lalu,

“Setiap transaksi yang dilakukan berjumlah antara RM9,000 hingga RM50,000 menerusi 19 akaun bank tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, mangsa telah menyedari ditipu selepas curiga melihat gambar suspek di aplikasi facebook sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Selasa lalu.

Tambahnya lagi, kesemua wang yang ditipu merupakan milik mendiang suami mangsa yang disimpan hasil bekerja sebagai ahli perniagaan.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjerat dengan sindiket ‘Love Scam’ yang akhirnya menyebabkan kerugian sejumlah wang,

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply