Home PolitikBarisan Nasional UMNO kekal sebagai parti politik terbesar – Ahmad Maslan

UMNO kekal sebagai parti politik terbesar – Ahmad Maslan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti.

Beliau memaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO terkini ialah seramai 3,391,236 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 22,274 cawangan di 191 Bahagian.

“Ini menjadikan UMNO tetap kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.

“Mengikut data pada 15 Mac 2022, bilangan ahli teramai diterajui oleh negeri Sabah, 594,631 ahli diikuti Johor 9452,642), Selangor (426,109) dan Kedah (300,564),

“Manakala, bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu, 46,849 ahli diikuti, Semporna (40,849), Libaran (39,513), Gombak (38,437) dan Baling (37,249),

“Justeru, sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad juga berkata bahawa UMNO masih mekar di seantero dunia sebagaimana Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 buah di United Kingdom, Ireland, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir.

“Sebanyak 21 Duta dan Wakil Negara hadir ke Perhimpunan kali ini iaitu United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply