Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 17 PATI Filipina keluar dari perairan Semporna

Polis Marin usir 17 PATI Filipina keluar dari perairan Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 7 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina di perairan Bohey, Semporna, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, pasukkan telah menahan dan memeriksa 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 6 orang lelaki serta 11 orang perempuan warga Filipina dan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Pengusiran telah dilakukan dan bot tersebut diiring keluar dari perairan negara supaya tidak memasuki perairan Negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4.

Mohamad menjelaskan, sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang boleh dilaporkan secara terus ke Pusat Komunikasi PPM Sabah. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply