Home Pertahanan dan Keselamatan Degil, lagi bot bawa PATI Indonesia dihalau dari perairan negara

Degil, lagi bot bawa PATI Indonesia dihalau dari perairan negara

by Nurulhuda

TAWAU, 06 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah berjaya menghalang cubaan sebuah bot dari negara jiran yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Tawau di Kawasan perairan Aji Kuning, Pulau Sebatik, Tawau.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah berjaya menahan sebuah bot yang dijuragani oleh seorang lelaki bukan warganegara yang membawa 2 orang penumpang wanita berumur 43 tahun dan 67 tahun.

Menurutnya, kedua-dua penumpang adalah warganegara Indonesia.

“Juragan bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,

“Bot yang membawa 2 orang penumpang tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19,” jelasnya dalam kenyataan, malam tadi.

Ridzauddin menjelaskan, pihaknya sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas bagi mengekalkan keamanan serta keselamatan negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply