Home Pertahanan dan Keselamatan DSA: Kementerian Pertahanan dapatkan nasihat Wisma Putra – Hishammuddin

DSA: Kementerian Pertahanan dapatkan nasihat Wisma Putra – Hishammuddin

by Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mendapatkan nasihat daripada Wisma Putra berhubung penyertaan pempamer dari Rusia atau Ukraine pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 nanti.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Wisma Putra akan terus memantau situasi antara kedua-dua negara itu, yang disifatkannya sebagai konflik yang perlu dipantau rapi, sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau turut menyuarakan rasa lega kerana semua rakyat Malaysia telah dipindahkan dari zon konflik berkenaan, dan menambah bahawa keselamatan penduduk di kawasan konflik adalah keutamaan dan kebimbangan utama kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa mengulas sekiranya wujud sebarang sekatan untuk peserta dari kedua-dua negara berkenaan untuk menyertai pameran itu nanti, pada sidang media yang diadakan secara maya, selepas mempengerusikan COVID-19 Mesyuarat Menteri Kuartet, semalam.

Pameran DSA dan NATSEC dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 31 Mac ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply