Home Semasa COVID-19: MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, jika jadi kontak kasual

COVID-19: MySejahtera tidak lagi bertukar kuning, jika jadi kontak kasual

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kini MySejahtera tidak lagi akan bertukar kepada kontak kasual iaitu status kuning sekiranya individu menjadi kontak kasual kes COVID-19.

Beliau berkata, mana-mana individu yang menjadi kontak kasual selepas ini akan menerima notifikasi sahaja menerusi MySejahtera.

Notifikasi yang dikeluarkan MySejahtera sekiranya individu menjadi kontak kasual kes positif COVID-19

“Sebelum ini apabila MySejahtera Trace atau Check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif COVID-19, status di aplikasi berkenaan akan bertukar kepada kontak kasual (kuning),

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya menerusi ciapan di twitternya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply