Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: Hishammuddin dibenarkan keluar wad, jalani isolasi di kediaman

COVID-19: Hishammuddin dibenarkan keluar wad, jalani isolasi di kediaman

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini dibenarkan keluar daripada wad di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

Beliau sebelum ini dimasukan ke HAT Tuanku Mizan bagi menjalani isolasi untuk rawatan dan pemantauan setelah disahkan positif COVID-19 pada Selasa lalu.

Hishamuddin menerusi hantaran di media sosialnya berkata, beliau akan terus menjalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, hasil penilaian pada pagi tadi, gejala yang saya alami telah pulih. Secara keseluruhannya, pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatan saya,

“Susulan itu, saya dibenarkan untuk keluar wad petang ini. Walaubagaimanapun, saya diwajibkan untuk terus menjalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut merakamkan, setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan HAT Tuanku Mizan yang telah menjaga dan merawatnya dengan sebaik mungkin sepanjang menjalani isolasi di hospital tersebut.

“Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan kesembuhan saya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply