Home PolitikBarisan Nasional Sudah masanya lupakan Tun M, Anwar Ibrahim demi kestabilan masa depan Malaysia

Sudah masanya lupakan Tun M, Anwar Ibrahim demi kestabilan masa depan Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sudah sampai masanya kita melupakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kestabilan masa depan Malaysia.

Beliau dalam hantaran di media sosialnya semalam berkata, Tun M berjasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri kerana kedudukannya di jawatan tersebut diangkat oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dihina serta ingin beliau kuburkan.

“Sampai masanya. Kita lupakanlah mereka demi Malaysia,

“Ya Tun M berjasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun, beliau boleh berjasa kerana kedudukannya di jawatan tersebut diangkat oleh UMNO dan BN. Parti yang beliau kini hina dan ingin kuburkan,

“Apapun hakikatnya, UMNO dan BN yang meletakkan beliau 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Ini fakta yang akan menjadi cacatan sejarah dan tidak boleh diubah,” katanya.

Menurutnya, Tun M sekali lagi diangkat semula menjadi Perdana Menteri bagi tempoh 22 bulan pada 10 Mei 2018.

“Malangnya dalam tempoh ini, beliau bersama Pakatan Harapan menyaksikan begitu banyak kerosakan dilakukan oleh mereka, lalu Allah takdirkan Tun M hilang kuasa pada 24 Februari 2020,

“Kenapa 22 tahun Tun M hebat sebagai PM. Jawapannya kerana ia didokong oleh UMNO dan BN yang dianggotainya,

“Kenapa 22 bulan berlaku banyak kerosakan kepada Malaysia. Jawapannya kerana parti yang kuat mendokongnya ialah PKR, DAP, AMANAH, BERSATU. Saya yakin rakyat boleh menilai semua ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Shamsur Anuar berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) politik Malaysia tidak stabil dan pelbagai kesan negatif dialami negara.

“Sampai bila negara akan terus begini, diketika banyak negara lain yang dahulunya dibelakang kita kini sudah jauh meninggalkan kita baik dari segi prestasi ekonomi dan sebagainya,

“Keadaan bertambah buruk bila adanya Anwar Ibrahim. Kisah dan politik diantara Tun M dan Anwar Ibrahim ini telah banyak merugikan kita,

“Mereka bergaduh kemudian berbaik, kemudian bergaduh dan bermacam karenah lagi yang semuanya memberikan kesan negatif kepada negara serta kita,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau berkata, banyak parti politik wujud di Malaysia kerana Tun M.

“Semangat 46 wujud selepas krisis pertandingan Tun M dengan Tengku Razaleigh Hamzah, PKR lahir selepas Tun M pecat Anwar Ibrahim, BERSATU, PEJUANG pun lahir kerana Tun M,

“Malah ramai pimpinan dipecat atau diganggu oleh Tun M.  Bacalah sejarah nama-nama ini, contohnya Tengku Abdul Rahman; Tun Musa Hitam; Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta ramai lagi, kita menjadi letih dan rugi kerana mereka,” jelasnya lagi.

Justeru, kepada rakyat Malaysia, orang Johor terutamanya, negara mesti bergerak kehadapan. Kita sebagai rakyat Malaysia berhak mendapat yang terbaik di negeri dan negara kita.

“Watak-watak seperti Tun M, Anwar Ibrahim, dan yang menyokong mereka mesti kita tinggalkan. Mereka mesti kita buang jauh, demi Malaysia yang kita cintai,

“Marilah kita bina semula negeri dan negara ini untuk kestabilan masa depan kita,” tegasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply