24 Feb – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hari ini mengutuk tindakan Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan operasi ketenteraan di Ukraine.
“Putin telah memilih jalan perang yang akan membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada nyawa manusia,
“Rusia bertanggungjawab penuh terhadap kematian dan kemusnahan akibat tindakan ketenteraan mereka,” kata Biden dalam satu kenyataan.
Jelasnya, beliau akan memantau keadaan di Ukraine dengan serius serta menerima maklumat perkembangan lanjut dari pihak keselamatan AS.
“AS dan sekutu serta rakan akan bertindak balas secara muktamad. Dunia menyaksikan Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, Putin telah mengisytiharkan operasi ketenteraan di kawasan Donbas, timur Ukraine.
Sementara itu, beberapa lokasi berhampiran Kharkiv, Odesa dan Kyiv. – airtimes.my
Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali. Awas! Memberi kredit tidak bermakna anda terselamat dari sebarang tindakan sekiranya TIADA KEBENARAN diberikan. Sila hubungi pihak Air Times untuk maklumat lanjut. Terima kasih.