Home SemasaGlobal Ratu Elizabeth II positif COVID-19

Ratu Elizabeth II positif COVID-19

by Air Times News Network

WINDSOR, 21 Feb – Ratu Elizabeth II dilaporkan dijangkiti virus COVID-19 umum Istana Buckingham, pada Ahad.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata, Pemerintah Britain berusia 95 tahun itu mengalami simpton ringan seperti selsema dan akan meneruskan tugasan ringan di Windsor buat masa ini.

“Baginda akan menerima rawatan perubatan dan akan mengikut semua garis panduan yang sesuai,” katanya.

Memetik kenyataan sumber diraja yang dilaporkan CNN, Ratu Elizabeth II bukanlah satu-satunya individu dalam keluarga diraja yang disahkan positif COVID-19, namun beberapa kes turut dikesan dalam pegawai Istana Windsor.

“Kesihatan Ratu telah diteliti sejak akhir tahun lalu apabila Baginda dinasihat oleh pakar perubatan untuk megundurkan diri dari aktiviti awam atas sebab yang tidak didedahkan,

“Kebimbangan terus berlaku beberapa hari lalu apabila beberapa ahli keluarga diraja dikuarantin selepas diuji positif virus itu termasuk pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isteri Camilla,” kata sumber diraja. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!