Home Pertahanan dan Keselamatan 6 termasuk 3 warga asing ditahan dalang edar pil kuda

6 termasuk 3 warga asing ditahan dalang edar pil kuda

by Nurulhuda

GEORGETOWN, 18 Feb – Polis Pulau Pinang berjaya menahan 5 lelaki dan seorang wanita dalam 2 serbuan berasingan yang dijalankan pada 16 dan 17 Februari lalu kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jumlah dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan tersebut bernilai hampir RM1 juta.

Beliau berkata, polis telah menahan 2 lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 34, 46 dan 47 tahun dalam serbuan pertama, di sebuah pangsapuri di Jelutong.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis telah merampas 15 bungkusan kertas berwarna coklat mengandungi 30 peket plastik pil kuda.

“Di dalam peket plastik itu, ia mengandungi 90,000 biji pil kuda bernilai RM900,000. Selain itu, kami turut merampas 2 bungkus plastik mengandungi syabu seberat 1,930 gram bernilai RM69,500 serta 18 peket plastik lutsinar setiap paket berisi pil jenis mengandungi 27,000 pil psikotropik bernilai RM9,000,

“Nilai rampasan dadah bagi kes ini berjumlah RM978,500.00 dan telah menyita 3 kenderaan, barang kemas dan wang tunai bernilai RM30,000 dengan jumlah sitaan adalah RM82,550,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Mohd Shuhaily, menjelaskan, hasil siasatan, sindiket ini aktif dalam pengedaran dadah sejak awal Mac 2021 dan dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 108,650 orang penagih dadah,

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas tangkapan mendapati negatif dan kesemua mereka tiada rekod jenayah,” tambahnya.

Sementara itu, dalam serbuan kedua, anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seberang Perai Tengah telah menahan 3 lelaki tempatan berusia 39, hingga 53 tahun dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah di Seberang Perai Tengah.

“Pada 16 hingga 17 Februari 2022, pihak polis telah membuat 2 serbuan di kawasan Seberang Perai Tengah dan menumpaskan sidiket pengedaran dadah jenis ganja bernilai RM2378.00 serta menangkap 3 lelaki warga tempatan berusia lingkungan umur 38 hingga 52 tahun,

“Polis telah merampas 3 ketulan mampat plastik lutsinar mengandungi daun-daun kering disyaki dadah ganja dengan anggaran berak 950 gram bernilai RM2375.00,

“Nilai rampasan dadah bagi kes ini berjumlah RM2,375.00 dan telah menyita 2 buah kenderaan serta wang tunai dengan jumlah sitaan sebanyak RM192,000.00,

“Hasil siasatan, mereka ini aktif sejak pertengahan tahun lalu dan bekalan dadah adalah untuk pasaran tempatan serta dipercayai boleh dibekalkan seramai 1,900 orang penagih,” jelasnya.

Tambah Mohd Shuhaily, kesemua tangkapan telah ditahan reman mengikut Seksyen 117 KPJ selama 7 hari bermula 17 sehingga 23 Februari 2022.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bagi kedua-dua serbuan adalah RM1.252,425.00,

“Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply