KUALA LUMPUR, 18 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan sumbangan bantuan banjir kepada 55 buah keluarga terdiri daripada pegawai dan anggota Markas ATM.
Majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Lembah Klang peringkat Markas ATM telah disempurnakan Asisten Ketua Staf Perkhimatan Anggota Bahagian Perkhimatan Anggota Markas ATM, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat System Consultancy Services (SCS), Mat Asis Mahnoon.

Asisten Ketua Staf Perkhimatan Anggota Bahagian Perkhimatan Anggota Markas ATM, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad menyerahkan sumbangan kepada anggota tentera yang terjejas banjir
Markas ATM dalam hantaran di media sosialnya berkata, seramai 2 keluarga Tentera Darat Malaysia (TDM), 36 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 5 keluarga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta 12 keluarga telah menerima sumbangan berupa cerek eletrik, periuk nasi, kipas angin dan dapur memasak. – airtimes.my
