Home Pertahanan dan Keselamatan Pasukan khusus tentera dan polis gempur Pantai Timur Sabah

Pasukan khusus tentera dan polis gempur Pantai Timur Sabah

by Nurulhuda

SEMPORNA, 9 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa komited memperkasakan kawalan keselamatan dan kedaulatan negara termasuk di negeri Sabah.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, ATM dan pasukan keselamatan daripada pelbagai agensi lain akan sentiasa mempertingkatkan peranan masing-masing sebagai sebuah organisasi yang kredibel dalam menangani sebarang ancaman.

Menurutnya, pasukan keselamatan sentiasa memastikan berkeupayaan dalam melindungi serta mempertahankan kepentingan persempadanan dan maritim negara pada sebilang masa khasnya di
negeri bawah bayu ini.

“Pelaksanaan eksesais secara gabungan elemen pasukan khusus pada kali ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan selain mempamerkan standard serta kemampuan aset dan kredibiliti ATB 2 dalam melaksanakan aturgerak operasi seiring dengan misi pengoperasiannya di ESSZONE ini,

“Objektif eksesais ini adalah bagi memperkasakan jalinan saluran pemerintah MK ATB 2 dengan agensi-agensi keselamatan lain serta pasukan yang sedang beroperasi disini,

“Pelaksanaan aturgerak secara bersepadu ini bagi mengeratkan lagi kerjasama operasi di antara pasukan khusus ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pantai Timur Sabah khasnya melibatkan aspek aplikasi taktik, teknik dan prosedur di peringkat operasi taktikal,

“Selain itu juga, eksesais ini bagi menguji tahap kesiagaan aset di bawah pemerintahan MK ATB 2 disamping meningkatkan lagi tahap kompetensi anggota pasukan khusus yang beroperasi di Pantai Timur Sabah dalam pelaksanaan atugerak khasnya Operasi Pasir,” jelasnya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penutup Eksesais Gempur Bara Siri 1/2022 yang melibatkan elemen-elemen pasukan khusus ATM dan PDRM, di Pulau Siamil pada Rabu.

ATB 2 dalam kenyataan berkata, aturgerak latihan ini melibatkan elemen dari Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat Malaysia (TDM), Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Very Able Troopers 69 (VAT 69) PRDM.

Eksesais ini telah dilaksanakan selama 5 hari bermula dari 5 dan berakhir pada 9 Februari 22 dimana aturgerak awalan menyelamatkan tebusan telah dilaksanakan di Mock Up Rumah Air di Kem Sri Wangsa.

“Eksesais ini dilaksanakan di dalam 3 fasa utama iaitu Fasa 1 adalah persiapan dan perancangan di mana dalam fasa ini kesemua elemen-elemen yang terlibat telah merancang dan membuat persiapan sebelum melaksanakan eksesais,

“Seterusnya Fasa 2 iaitu pelaksanaan aturgerak di mana pada fasa ini kesemua pasukan khusus telah berkumpul di Kem Sri Wangsa dan KD Sri Semporna yang dijadikan sebagai Mounting Base dimana aspek perintah dan kawalan serta kemampuan aturgerak setiap elemen diperkemaskan,

“Pada fasa akhir iaitu Fasa 3 adalah merupakan taklimat untuk menilai semula kelemahan atau kekurangan sepanjang eksesais ini yang akan dilaksanakan di mana dengan adanya input-input tambahan melalui maklumbalas terhadap eksesais ini,” jelas ATB 2. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!