Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan tekong, 4 nelayan Thailand ceroboh perairan Tok Bali

APMM tahan tekong, 4 nelayan Thailand ceroboh perairan Tok Bali

by Air Times News Network

PASIR PUTEH, 2 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan berjaya menahan seramai 4 nelayan termasuk seorang tekong warga Thailand selepas dikesan menceroboh dan menangkap hasil laut di perairan Tok Bali, pada Selasa.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, tekong dan nelayan yang ditahan berumur antara 23 hingga 71 tahun.

Beliau berkata, pihak APMM telah menerima maklumat dari salah sebuah pelantar minyak dikawasan tersebut dengan melihat bot asing yang berada berhampiran perairan negara.

“Bot tersebut ditahan pada kedudukan sekitar 85.1 batu nautika dari muara Tok Bali,

“Nilai rampasan termasuk bot, ikan 300 kilogram, 200 liter diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM650,000,” katanya.

Katanya, tekong semasa ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

Tambahnya lagi, kesemua yang ditahan dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply