Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM tahan 3 PATI pengikut ajaran sesat, ilmu kebal ‘Wali Tujuh’

ESSCOM tahan 3 PATI pengikut ajaran sesat, ilmu kebal ‘Wali Tujuh’

by Air Times News Network

SABAH, 3 Feb -Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah berjaya mematahkan kegiatan kumpulan ajaran ‘Wali Tujuh’ di sebuah rumah pekerja ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan, kelmarin.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Polis Hamzah Ahmad berkata, seramai 3 individu telah berjaya di tahan dan kesemua mereka merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Hasil pemeriksaan mendapati PATI tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Antara barang yang di rampas milik salah seorang PATI terbabit iaitu kelendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, berdasarkan risikan awal mendapati kumpulan ini diketuai oleh seorang guru dan dibantu 2 orang individu yang bergiat aktif sejak 3 bulan lalu dengan membawa ilmu batin serta ilmu kebal.

“Ilmu ini menarik minat pekerja ladang khususnya warga asing di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan timur Sabah. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply