Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir keluar 5 warga Filipina ceroboh perairan Malaysia

Polis Marin usir keluar 5 warga Filipina ceroboh perairan Malaysia

by Air Times News Network

SEMPORNA, 1 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir keluar 5 warganegara Filipina masuk ke perairan Malaysia tanpa sebarang pas perjalanan yang sah, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, anggota pada jam 9 pagi telah membuat rondaan di perairan Pulau Mataking telah mengesan sebuah perahu berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Pemeriksaan telah dilakukan terdapat seorang lelaki berbangsa bajau Filipina bersama 4 wanita juga berbangsa bajau Filipina dan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah memasuki perairan Malaysia,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM W4 Sabah, semalam.

Beliau berkata, pengusiran telah dibuat dan perahu tersebut telah diiring keluar dari perairan negara serta diarahkan supaya tidak memasuki perairan Malaysia lagi.

“Pengusiran ini selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply