Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM tauliah kapal LMS terakhir dari China, KD RENCONG

TLDM tauliah kapal LMS terakhir dari China, KD RENCONG

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 28 Jan – Kapal misi pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) ke-4, KD RENCONG telah ditauliahkan secara rasmi ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.

Markas Pemerintahan Armada Timur dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya menyatakan, Upacara Pentauliahan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di Tambatan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

“Hari ini adalah sejarah baharu bagi TLDM setelah kapal misi pesisir keempat iaitu KD Rencong telah ditauliahkan secara rasmi dengan penuh tradisi tentera laut,” katanya.

Dalam upacara tersebut, Mohd Reza telah membacakan Perintah Pentauliahan dan kemudian memakaikan insignia Pegawai Memerintah kepada Komander Khairuddin bin Ahmad @ Hassan TLDM, Pegawai Memerintah pertama KD Rencong.

KD RENCONG mula dibina di Wuhan, China pada 19 September 2019 dan seterusnya dilancarkan ke permukaan air pada 16 Disember 2021.

KD Rencong mula dibina di Wuhan, China pada 19 September 2019 dan dilancarkan ke permukaan air pada 16 Disember 2021.

Pada 18 Disember 2021, upacara penamaan dan penyerahan fizikal kapal telah dilaksanakan di China.

Kapal telah belayar pulang sejauh 1,811 batu nautika ke tanah air pada 21 Disember 2021 dan selamat tiba 28 Disember 2021.

“KD Rencong yang dianggotai 7 Pegawai dan 40 anggota akan menyertai kapal terdahulu iaitu KD KERIS, KD SUNDANG, KD BADIK dalam Skuadron LMS ke-11 TLDM,

KD RENCONG yang dianggotai 7 Pegawai dan 40 anggota telah berlayar ke tanah air pada 21 Disember 2021 serta selamat tiba 28 Disember 2021.

“Kapal misi persisir keempat ini akan bernaung di bawah Markas Pemerintahan Armada Timur bagi mengukuhkan lagi kedaulatan maritim negara, terutamanya di perairan Malaysia Timur,” tambah TLDM.

KD Rencong merupakan kapal LMS terakhir yang diperoleh dari China. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply