Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan cubaan penyeludupan petrol di Semporna

Polis Marin patahkan cubaan penyeludupan petrol di Semporna

by M.Daim

SEMPORNA, 26 Jan – Pasukan Polis Marin Semporna telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak petrol di Semporna, semalam.

Menurutnya, beberapa jerikin berisi barang kawalan tersebut dijumpai di kawasan pinggir bakau Kampung Kuala Bibang.

“Setiap jerikin berisi 25 liter minyak petrol,” kata Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2,350.

Kesemua jerikin tersebut dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply