Home SemasaGlobal Jet pejuang F-35 terhempas di Laut China Selatan

Jet pejuang F-35 terhempas di Laut China Selatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Sebuah jet pejuang F-35C terhempas semasa mendarat di atas kapal induk USS CARL VINSON, hari ini.

Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku semasa operasi penerbangan rutin di Laut China Selatan.

“Juruterbang telah terselamat dan berada dalam keadaan stabil. Seramai 7 orang kelasi mengalami kecederaan,

“3 daripadanya telah dibawa ke Filipina dan 4 lagi dirawat di atas kapal,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, siasatan nahas sedang dijalankan oleh pihak US Navy.

USS Carl Vinson pada ketika ini sedang melaksanakan operasi bersama dengan sebuah lagi kapal induk, USS ABRAHAM LINCOLN (CVN72) di Laut China Selatan semenjak Ahad. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply