Home Pertahanan dan Keselamatan PATI Filipina ceroboh masuk perairan negara diusir

PATI Filipina ceroboh masuk perairan negara diusir

by Nurulhuda

SANDAKAN, 25 Jan – Sebuah bot yang dinaiki oleh seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampiran Pulau Nunuyan, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan, Deputi Komisioner Polis (DSP) Rusdin Banin menjelaskan, operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh anggotanya kira-kira jam 5 petang.

“Semasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, PPM Sandakan telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas,

“Hasil pemeriksaan polis, mendapati PATI tersebut mendakwa berasal daripada Pulau Taganak Filipina,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Rusdin menjelaskan, bot berkenaan kemudiannya di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Sandakan bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID-19.

“PPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara,

“Masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemasukan PATI ini bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga serta terkawal.” tegasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!