Home SemasaGlobal Serangan dron di Abu Dhabi: UAE ancam tindak balas terhadap Houthi

Serangan dron di Abu Dhabi: UAE ancam tindak balas terhadap Houthi

by M.Daim

ABU DHABI, 18 Jan – Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan menegaskan negara teluk itu berhak untuk memberi tindak balas terhadap serangan Houthi di Abu Dhabi.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, serangan oleh Houthi adalah tindakan pengecut.

“Kami memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam serangan ini untuk bersedia menerima tindak balas,

“UAE berhak ntuk bertindak balas terhadap serangan pengganas,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, puak Houthi telah melancarkan serangan dron terhadap fasiliti minyak di Musaffah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Dalam kejadian awal pagi Isnin waktu tempatan, seorang warga Pakistan dan 2 rakyat India disahkan maut dalam kejadian letupan di Musaffah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply