Home SemasaGlobal Filipina beli 32 buah helikopter Black Hawk

Filipina beli 32 buah helikopter Black Hawk

by M.Daim

MANILA, 18 Jan – Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengesahkan negara kepulauan republik itu telah melaksanakan perolehan 32 buah helikopter Black Hawk dari Poland.

Menurut beliau, pembelian helikopter itu dilaksanakan atas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

“Kesan kekurangan pesawat pengangkut dan helikopter dapat dilihat dengan jelas semasa pandemik COVID-19 dan pasca Taufan Odette,

“Situasi ini menjadi bertambah teruk dengan keadaan helikopter Huey yang usang dan tidak ekonomi jika diteruskan operasinya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Jelasnya, 12 buah helikopter Black Hawk Tentera Udara Filipina menjadi tulang belakang negara itu semasa menghadapi krisis.

Delfin menambah, Notis Penganugerahan (Notice of Award) telah diberikan kepada syarikat Poland, PZL Mielec pada 28 Disember lalu.

“Perolehan 32 helikopter S-70i baharu termasuk pakej sokongan logistik serta latihan ini menelan belanja sebanyak 32 bilion Peso (RM2.613 bilion),

“Kontrak perolehan akan siap sedikit masa lagi,” katanya.

Beliau menambah, 5 buah helikopter pertama akan diterima oleh Filipina pada tahun 2023.

“10 helikopter masing-masing akan dihantar pada tahun 2024 dan 2023. Penerimaan akhir adalah pada tahun 2026 dengan 7 buah S-70i,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply