Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan seorang lelaki, rampas rokok seludup di Tawau

Polis Marin tahan seorang lelaki, rampas rokok seludup di Tawau

by Nurulhuda

TAWAU, 15 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan seorang lelaki berumur lingkungan 33 tahun dan membuat rampasan rokok tidak bercukai dipercayai daripada negara jiran di Kawasan Kampung Jawa, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah membuat pemantauan terhadap seorang lelaki yang mencurigakan sedang memindahkan beberapa buah kotak dipercayai berisi rokok seludup ke dalam sebuah kenderaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut, telah menjumpai beberapa buah kotak yang di dalamnya berisi rokok tidak bercukai dipercayai dibawa masuk daripada negara Indonesia.

Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan seorang lelaki berumur lingkungan 33 tahun dan membuat rampasan rokok tidak bercukai dipercayai daripada negara jiran di Kawasan Kampung Jawa, semalam.

“Suspek telah ditahan dan kesemua rokok termasuk kenderaan telah dirampas untuk tindakan selanjutnya,

“Nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM130,684.64. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Ridzauddin menjelaskan, pihaknya sentiasa mengalu-alukan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan di perairan Sabah. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply