Home Pertahanan dan Keselamatan 6 helikopter MD 530G dalam perjalanan ke Malaysia – MD Helicopters

6 helikopter MD 530G dalam perjalanan ke Malaysia – MD Helicopters

by M.Daim

ARIZONA, 14 Jan – Syarikat MD Helicopters, Inc. (MDHI) hari ini mengesahkan kesemua 6 buah helikopter tempur ringan, MD 530G telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

MDHI dalam satu kenyataan berkata, serahan kepada kerajaan Malaysia dilaksanakan melalui Halaman Optima/ Destini Prima.

“Helikopter akan tiba di Malaysia pada akhir suku tahun 2022 sebagai penerimaan akhir,” katanya.

Menurutnya, 8 juruterbang dan 9 mekanik dari Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) Tentera Darat Malaysia telah selesai menjalani latihan di Texas.

MD530G keluaran MDHI merupakan konfigurasi helikopter tempur ringan terkini yang berasaskan model rangka pesawat 500/530.

Menurut MDHI, model yang dibekalkan kepada Malaysia dilengkapi dengan sensor Wescam L3 MX10D dan sistem pengurusan senjata Pathfinder Ares Weapons Management System dari Tek Fusion.

Ia dilengkapi dengan Dillion M134 Mini Gun, mesingan FN Herstal, pod mesingan dan roket. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply